BAHAGIAN
Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak
khidmat nasihat teknikal bagi memastikan projek pembinaan dilaksanakan secara cekap, telus dan mematuhi dasar perolehan kerajaan.
Pengenalan Bahagian
Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak merupakan bahagian di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka yang bertanggungjawab menguruskan perolehan, pentadbiran kontrak serta menyediakan khidmat nasihat teknikal bagi projek pembinaan.
Bahagian ini memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut bajet, peraturan dan piawaian yang ditetapkan melalui pengurusan pra-kontrak dan pos-kontrak yang sistematik dan berkesan.
Visi
Menjadi pusat rujukan dalam pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak pembinaan yang efektif, inovatif, berintegriti serta mematuhi dasar perolehan kerajaan.
Misi
Memastikan perkhidmatan ukur bahan yang berkesan.
Mematuhi dasar dan polisi perolehan kerajaan.
Menyediakan khidmat nasihat pakar dalam pentadbiran kontrak.
Objektif
Memastikan perkhidmatan ukur bahan sentiasa efektif dalam menjamin kelancaran pengurusan tender dan pentadbiran kontrak selaras dengan Dasar Perolehan Kerajaan.
Aktiviti & Fungsi
Perkhidmatan Ukur Bahan
Memberi perkhidmatan ukur bahan dalam pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak jabatan.
Tatacara & Panduan
Merangka tatacara dan panduan terbaik berkaitan pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak selaras dengan dasar kerajaan.
Khidmat Nasihat Teknikal
Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan perolehan dan kontrak kepada jabatan.