Laman Web Rasmi

LAWATAN KERJA YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI MELAKA BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN KOTA LAKSAMANA.

LAWATAN KERJA YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI MELAKA BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN KOTA LAKSAMANA.

Satu lawatan kerja telah diadakan ke beberapa projek pembangunan di sekitar DUN Kota Laksamana dengan kehadiran YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Turut hadir YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap ADUN Kota Laksamana.

Hadir sama, Dr. Rahmat Hidayat bin Mohammed Rum, Jurutera Daerah Melaka Tengah JPS Melaka, Pn. Rosfadila binti Sardi, Penolong Jurutera Daerah Melaka Tengah serta wakil-wakil jabatan dan agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Scroll to Top